Info

5 Tanda Sakit Jantung Selain Sakit Dada

Jika anda perasan semasa melihat drama di TV, umum menunjukkan tanda sakit jantung adalah sakit mendadak di bahagian dada.

Tetapi, jarang yang mengetahui banyak lagi faktor yang meyumbang kepada sakit jantung ini.

Setiap tahun, sakit jantung menjadi punca kepada 17.5 juta kematian dan dijangka meningkat kepada 23 juta menjelang 2030.

Artikel ini akan membongkarkan 5 tanda sakit jantung yang lain yang anda perlu take note, lebih-lebih lagi jika anda ibu atau bapa yang sudah uzur dan menunjukkan ciri-ciri ini.

 

Fahami Bagaimana Sakit Jantung Terjadi

tanda sakit jantung

Sakit jantung berlaku apabila aliran darah ke jantung berkurangan atau tersumbat dengan teruk.

Tersumbat biasanya disebabkan oleh pengumpulan lemak, kolesterol, dan bahan lain dalam arteri jantung (koronari).

Mendapan lemak atau kolesterol ini dipanggil sebagai plak (plague) yang melalui proses aterosklerosis.

Dalam sesetengah kes, plak ini boleh pecah dan membentuk darah beku yang menghalang aliran darah normal ke jantung.

Kekurangan aliran darah seterusnya boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung, membawa kepada serangan jantung.

Untuk pengetahuan anda, seseorang yang mempunyai jantung yang normal mempunyai:

  • Degupan jantung 60 ke 100 degupan per minit
  • Tekanan darah 120/80 mm Hg dan ke bawah
  • Kadar pernafasan normal semasa melakukan aktiviti harian
  • Mampu lakukan aktiviti harian tanpa rasa penat yang melampau

 

5 Tanda Sakit Jantung

  • Rasa Sakit di Perut

Rasa sakit di perut seperti loya, senak atau ketidakhadaman dan pedih ulu hati boleh berlaku kerana masalah jantung.

Kerap muntah walaupun tiada sebarang keracunan makanan juga petanda awal anda menghidap sakit jantung.

 

  • Pening Kepala

Pening kepala boleh terjadi akibat berdiri terlalu cepat, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh tekanan darah yang menurun mendadak akibat jantung gagal mengepam darah.

 

  • Batuk Tanpa Henti

Batuk tanpa henti beserta mukus berwarna putih atau merah jambu merupakan tanda sakit jantung yang merisaukan.

 

  • Anggota Badan Mulai Membengkak

Apabila jantung gagal mengepam darah ke seluruh badan, anggota badan akan mulai membengkak.

Kegagalan ini akan menyebabkan darah beku di jantung, seterusnya menjejaskan organ lain seperti buah pinggang.

Kesannya, tubuh badan sukar untuk mengeluarkan lebihan sodium yang juga menyebabkan badan membengkak.

 

  • Berpeluh Tanpa Membuat Sebarang Aktiviti

Berpeluh tanpa membuat sebarang aktiviti boleh menjadi petanda masalah jantung.

Sekiranya anda mengalami tanda ini bersama tanda-tanda yang lain, anda dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi daripada doktor.

Hindari Sakit Jantung Dengan Cara Ini

Menghindari penyakit adalah lebih mudah dari merawat. 

 

  • Berhenti Merokok

Berhenti merokok atau menggunakan tembakau tanpa asap adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk jantung anda. 

Walaupun anda tidak merokok, anda harus mengelakkan daripada menghidu asap rokok.

Tembakau mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan jantung dan saluran darah. 

Asap rokok mengurangkan jumlah oksigen dalam darah, meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung. 

Disebabkan itu, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk membekalkan oksigen yang cukup kepada badan dan otak.

Tetapi ada berita baik. Risiko penyakit jantung mula menurun sebaik sehari selepas berhenti. 

Selepas setahun tidak merokok, risiko penyakit jantung adalah kira-kira separuh daripada seorang perokok. 

Anda akan mula mendapat manfaat sebaik sahaja anda berhenti merokok, tidak kira berapa lama atau berapa banyak anda merokok.

 

  • Mengambil Makanan Sihat

Diet yang sihat boleh membantu melindungi jantung, meningkatkan tekanan darah dan kolesterol, dan mengurangkan risiko diabetes jenis 2. 

Pelan pemakanan yang menyihatkan jantung termasuk:

    • Sayur-sayuran dan buah-buahan.
    • Kacang atau kekacang yang lain.
    • Daging dan ikan tanpa lemak.
    • Makanan tenusu rendah lemak atau tanpa lemak.
    • Bijirin penuh.
    • Lemak sihat seperti minyak zaitun dan alpukat.

 

  • Melakukan Aktiviti Fizikal Setiap Minggu

Aktiviti fizikal setiap hari dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. 

Aktiviti fizikal membantu dalam pengurusan berat badan. Ia juga mengurangkan kemungkinan membangunkan keadaan berkaitan jantung yang lain. 

Ini termasuk hipertensi, kolesterol tinggi, dan diabetes jenis 2.

Jika anda sudah lama tidak aktif, anda mungkin perlu berusaha secara beransur-ansur untuk mencapai objektif ini. 

Walau bagaimanapun, secara amnya, anda harus berusaha sekurang-kurangnya:

    • 150 minit seminggu senaman aerobik sederhana, seperti berjalan pada kadar yang pantas.
    • 75 minit seminggu melakukan aktiviti aerobik yang kuat, seperti berlari.
    • Dua atau lebih sesi latihan kekuatan seminggu.

 

  • Suplemen Tambahan

Suplemen tambahan boleh membekalkan nutrisi dan vitamin padat. Jika anda sukar untuk makan makanan bernutrisi yang disarankan, suplemen adalah jawapannya.

Suplemen seperti Healin Zaniplus Liquid yang menggabungkan formulasi khas ekstrak Sticophus Horrens dan Vitamin B6 yang boleh mencegah arteri tersumbat.

Kesimpulannya, tanda sakit jantung ini berbeza untuk setiap individu, sama ada wanita atau lelaki. 

Kebanyakan daripada kita tidak peka dengan tanda-tanda yang disebut di atas.

 

Diharapkan dengan perkongsian di atas dapat membantu anda menyedari dan mengambil langkah awal mengetahui peringkat awal sakit jantung.

 

Zaniplus, Suplemen Tambahan Menyelamatkan Anda Dari Pelbagai Penyakit Tak Diduga

Gabungan ekstrak gamat dan vitamin B6 yang dikenali baik untuk mencegah dari saluran darah membentuk darah beku atau plak membentuk di situ.

Sakit jantung tidak menduga sesiapa, walau di usia muda, anda boleh mendapat penyakit sakit jantung, atau lebih teruk, serang jantung.

Dengan Zaniplus, anda boleh mencegah dari terjadi dan sekaligus mendapat manfaat lain untuk badan.

Bukan sahaja untuk jantung, tetapi:

  • Menjaga imun badan
  • Kulit yang sihat
  • Perkembangan otak, saraf, kulit, dan bahagian badan yang sihat
  • Menurunkan tekanan darah
  • Menjaga saraf penglihatan dan mata
  • Bagus dalam merawat kencing manis

 

Dapatkan manfaat yang menyeluruh untuk badan dengan Zaniplus. Tekan link di bawah untuk membuat pembelian!

 

Beli Healin Zaniplus Liquid Hari Ini

Related Posts

One thought on “5 Tanda Sakit Jantung Selain Sakit Dada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *