Info

Vitamin Untuk Kulit; Menyingkap Rahsia Khasiat Gel Gamat

vitamin untuk kulit

“Vitamin untuk kulit.”

Apa yang terlintas di fikiran setiap orang apabila berfikir tentang ini semestinya vitamin C dan A yang masing-masing boleh didapati di buah oren dan strawberi.

Tapi, anda tahu tak bukan dari buah sahaja anda boleh menikmati vitamin baik untuk kulit? 

Selain buah-buahan, haiwan laut seperti gamat kaya dengan pelbagai vitamin yang boleh membantu pelbagai masalah kulit.

Teruskan membaca untuk mengetahui vitamin untuk kulit daripada gamat ini!

 

Vitamin Baik Yang Ditemui Dalam Gamat

vitamin untuk kulit

  • Vitamin B1

Vitamin B1 adalah penting dalam penghasilan dan penjanaan semula kolagen. 

Kolagen membantu melambatkan penuaan dan tanda-tanda menopause dengan menghidratkan kulit dan mengurangkan penampilan kedutan, menjadikan kulit muda dan anjal.

 

  • Vitamin B2

Vitamin B2 membantu penjanaan semula kolagen dan meningkatkan perolehan sel untuk kulit yang sihat dan cergas. 

Ia juga membantu mengimbangi pengeluaran minyak dengan menyokong rembesan lendir dalam kulit. 

Ini menghalang pengeluaran minyak berat, yang seterusnya membantu mencegah jerawat.

 

  • Vitamin B3

Untuk kulit yang sensitif dan kering, vitamin B3 adalah vitamin penyelamat kepada keadaan kulit jenis ini.

Ia membantu melindungi kulit dari radikal bebas yang berbahaya, seperti sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Ia juga bagus untuk merawat keadaan kulit yang mengalami ekzema, jerawat dan rosacea.

 

  • Vitamin A

Vitamin A terkenal dengan keupayaannya untuk menyokong kesihatan kulit. 

Dalam Gamat, ia merupakan vitamin yang didapati dalam kuantiti yang banyak berbanding vitamin yang lain. 

Vitamin A adalah penting untuk untuk pengeluaran dan pembaikan sel kulit agar kekal sihat.

Kehadiran vitamin A dalam badan boleh membantu mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan, seterusnya menjadikan kulit lebih remaja.

 

  • Kalsium

Selain vitamin A, kajian menemukan konsentrasi kalsium dalam Gamat.

Kalsium, seperti diketahui umum, komponen penting dalam pembentukan tulang yang sihat.

Tapi tak semua tahu khasiatnya kepada kulit. Kalsium, seperti mikronutrien yang lain, memainkan peranan penting dalam menghidrasi atau melembabkan kulit.

Selain itu, ia menyokong pertumbuhan sel baharu dan menjadi pelindung kepada kulit terhadap sinaran UV yang berbahaya.

 

  • Zink

Komponen zink yang ditemui dalam gamat mempunyai sifat anti-keradangan atau anti-inflamasi yang baik untuk mengurangkan breakout atau jerawat.

Ia juga mengawal penghasilan minyak atau sebum di kulit, yang juga merupakan salah satu faktor kepada terjadinya jerawat di muka.

 

  • Magnesium

Magnesium adalah ubat tahan sakit semula jadi, di mana sebahagian faktor ini disebabkan sifat anti-keradangannya sendiri.

Ini bermakna jika anda mengalami luka di mana-mana bahagian kulit, sapuan gamat atau gel gamat di luka itu boleh mengurangkan rasa sakit.

 

Keberkesanan Gel Gamat Efektif Seperti Hidrogel

vitamin untuk kulit

Menurut kajian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menyatakan gel yang menggunakan ekstrak gamat memberikan kesan sama dengan hidrogel penjagaan standard untuk menggalakkan penyembuhan luka.

Ini didapati apabila dibandingkan antara keefektifan gel S. horrens dan hidrogel biasa ke atas kadar penyembuhan luka, kesakitan dan pruritus pada 25 penderma selama 21 hari.

25 penderma ini mempunyai luka belahan untuk melihat kesan aplikasi antara dua jenis gel ini.

Hasil daripada kajian ini selepas 21 hari mendapati:

Tiada perbezaan antara penggunaan kedua-dua gel ini dari segi pertumbuhan sel kulit baru, skor tahap kesakitan, atau skor pruritus

Ini bermakna keefektifan gel gamat ke atas luka di kulit sangat tinggi dan alternatif ini boleh diamalkan oleh semua orang.

 

Kesimpulannya, gamat terbukti sebagai penyumbang vitamin kepada kulit jika diamalkan. 

Kandungan vitamin-vitamin seperti vitamin B1, B2, B3, vitamin A, Kalsium, Zink dan Magnesium secara umumnya memang bersifat melegakan luka, membantu pertumbuhan kulit baharu dan melembabkan kulit.

Tidak kisah sama ada luka kecil atau besar, mahupun jerawat di muka, sapuan gel gamat membantu penyembuhan sakit atau luka di muka.

 

Healin Lukano Purified Gamat Gel, Vitamin Untuk Kulit Luka

vitamin untuk kulit

Healin Lukano Purified Gamat Gel, dalam pek 40gm, ialah produk sedia dipakai sebagai vitamin untuk kulit luka.

 

Gel ini dirumus untuk memberikan kulit anda pelbagai manfaat, melindungi kulit sensitif dan menangani masalah kulit breakouts.

 

1. Manfaat Healin Lukano Purified Gamat Gel

 

  • Menjaga dan Menyuburkan Kulit: Lukano ialah kawan baik kulit anda dalam hal mengekalkan kesihatan dan kulit. Ekstrak gamat (Gamodulin®) gel ini tinggi dengan nutrien penting yang menggalakkan kesihatan dan kecantikan kulit. Ia membantu meremajakan kulit anda, menjadikannya kelihatan lebih muda dan lebih bertenaga.

 

  • Perlindungan Kulit Sensitif: Kulit sensitif memerlukan penjagaan dan perlindungan khas, dan Lukano sedia membantu. Formulasi gel lembut pada kulit, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai sensitiviti kulit. 

 

  • Pengurangan Jerawat: Bagi kebanyakan orang, jerawat dan jerawat adalah sumber kebimbangan yang berterusan. Asid Salisilik, yang terkenal dengan sifat melawan jerawat.

 

2. Bahan Aktif untuk Hasil Yang Berkesan

Healin Lukano Purified Gamat Gel  menawarkan gabungan bahan

aktif yang kaya untuk memastikan keberkesanannya:

 

  • Ekstrak gamat (Gamodulin®): Ekstrak ini berasal daripada gamat, yang terkenal dengan sifat penghasilan semula sel kulit baru dan manfaat menyuburkan kulit.

 

  • Ekstrak Daun Teh Hijau: Teh hijau diraikan kerana sifat antioksidannya, yang membantu memerangi radikal bebas dan melindungi kulit daripada kerosakan.

 

  • Minyak Eucalyptus: Minyak ini sesuai untuk melegakan ketidakselesaan dan kerengsaan akibat luka.

 

  • Allantoin: Allantoin ialah agen perapi kulit yang membantu melembutkan dan menenangkan kulit, menjadikannya lebih licin dan selesa.

 

  • Ekstrak Daun Camellia Oleifera: Diekstrak daripada tumbuhan Camellia, bahan ini menyumbang kepada kesihatan kulit dan memberikan manfaat anti-penuaan.

 

  • Panthenol: Panthenol, juga dikenali sebagai pro-vitamin B5, adalah pelembap yang berkesan dan menggalakkan proses penyembuhan semula jadi kulit.

 

  • Gliserin: Gliserin ialah bahan penghidratan yang membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit.

 

  • Asid Salisilik: Asid Salisilik ialah asid beta hidroksi yang mengelupaskan kulit dan membantu membuka pori-pori, menjadikannya pilihan terbaik untuk mengurangkan jerawat dan bintik di muka.

 

Rawat masalah kulit anda hari ini dengan Lukano Purified Gamat Gel hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *